Monday, December 8, 2014

SENI RETORIK DAN GAYA BAHASA

RETORIK DAN GAYA BAHASA KLASIK
 ( Hikayat Abdullah Munsyi)

DEFINISI RETORIK

Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu “rhetor” yang membawa maksud pemidato. Retorik merupakan seni atau teknik memujuk yand disalurkan melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak retorik dijadikan sebagai salah satu bidang kajian. Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan juga visual. 
          Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan. 
          Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.  
          Menurut Abu Hassan, retorik merupakan satu seni gaya penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang berada di persekitarannya. Retorik juga dikatakan sebagai keindahan seni lisan dan penulisan serta merupakan suatu seni propaganda yang digunakan oleh seseorang individu bagi tujuan memujuk. Retorik sebagai seni propaganda ini biasanya digunakan oleh ahli-ahli politik dan banyak digunakan dalam penulisan surat khabar yang berupa iklan untuk tujuan memujuk. 
          Menurut Asmah Hj. Omar (1998), retorik bermaksud kajian tentang penggunaan bahasa secara berkesan. Berdasarkan pada konteks yang bersesuaian, retorik juga dapat diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan atau ciri-ciri yang berkaitan dengan bahasa. 
          Menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea, saranan atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya atau perasaannya dengan jelas dengan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis tentang retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh.

Pemerian
Penulisan pemerian sering diaplikasi dalam pelbagai genre penulisan. Dalam penulisan jenis ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu. Misalnya penulis ingin memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak. Penulisan yang menggunakan mod ini memerlukan kemahiran menggambarkan sesuatu perkara secara terperinci menggunakan imej dan seumpamanya sama ada warna, bentuk, bunyi, bau, rasa dan lain-lain yang menyentuh pancaindera manusia. Tujuan penulis adalah bagi membolehkan pembaca merasai sendiri apa-apa yang telah penulis lihat atau alami.
            Retorika pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti pelukisan. Dalam pendekatan ini, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan pemerhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secar objektif, tepat dan jelas. Penghasil wacana ini hanya memerihalkan sesuatu objek atau perkara sebagaimana kewujudan sebenarnya iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi, atau pandangannya dalam wacana yang dihasilkan.
Contoh:
1)      Kalakian, adalah kota itu pintunya empat, satu pintu besar, tempatnya diiringi jambatan besar. Maka dalam pintu besar itu ada pula satu pintu kecil. Maka dalam pintu besar itu ada pula satu pintu kecil. Maka daripada pintu itulah orang masuk keluar.” (Halaman 42)
2)      Bermula, adalah pada keliling kota diperbuat kubu daripada tanah, ada tebalnya dua depa. Maka dikaki kubu itu dibubuhnya pula ranjau besi, bercerancangan. Maka di sebelah ranjau itu ada pula parit, lebarnya ada kira-kira lima depa dan dalamnya pun demikian. Adapun airnya itu boleh dimasukkan dan boleh dikeluarkan. Maka pintu airnya itu dari jambatan kecil yang di sebelah Bukit Cina. Maka dikeluarkannya ke laut dari jambatan hilir. Maka adalah di tebing parit berkeliling ditanamnya pokok sena. Maka dalam parit itu adalah beberapa buaya dan ikan siakap dan jempul dan hudang galah menjadi.” (Halaman 42)

Pendedahan
Penulisan jenis ini dikenali juga sebagai retorika eksposisi. Hal ini kerana tujuan retorika ini adalah untuk memberi pemahaman kepada khalayak. Sehubungan dengan itu, sesuatu topik perlu dihurai, disingkap, dipapar dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci supaya khalayak memahami topik yang diperkatakan.
            Dalam retorika pendedahan, pengarang berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea yang menggunakan retorika ini berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu. Tujuannya adalah bagi mendedahkan sesuatu perkara, pendapat, idea, maklumat atau pandangan melalui penerangan iaitu menganalisis fakta-fakta secara objektif dan membuat penilaian yang logik berdasarkan bukti-bukti sokongan bagi pendedahan yang dibuat.
Contoh:
1)      Sebermula, maka di sebelah bukit itu pula tempat penjara, kata orang Melaka, “miskurdi”, iaitu bahasa Portugis misericordia, ertinya tempat kasihan. Dan lagi, ada suatu namanya terongko, ertinya tempat pasung. Itu pun bahasa Portugis juga. Maka adalah dalam tempat itu suatu lagi tempat, namanya terongko gelap.” (Halaman 41)

Penceritaan
Retorika penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri, peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik. Retorika ini digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Penulisan penceritaan terbentuk  daripada bahagian permulaan, perkembangan, cerita, konflik dan peleraian sehingga terhasil satu kesatuan. Retorika ini mengandungi empat prinsip yang bertalian iaitu kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik.
            Kesatuan dalam pemceritaan berkaitan dengan tema, iaitu aspek yang mewujudkan kesatuan fikiran dalam sesuatu cerita. Pertautan pula berkaitan dengan plot atau jalinan cerita, iaitu terdapat kesinambungan idea dalam cerita tersebut. Seterusnya penekanan dalam penceritaan merujuk kepada pemilihan dan penyusunan peristiwa yang dapat menarik minat khalayak. Dalam hal ini, cerita yang diselitkan dengan unsur suspens, klimaks dan kadar gerak penceritaan peristiwa-peristiwa yang pantas akan menimbulkan keseronokan kepada khalayak.
Contoh:
1)      “Syahadan adalah nama kampung yang tempat aku diperanakkan itu Kampung Masjid. Maka adapun saudaraku seibu itu empat orang laki-laki, semuanya itu abangku, maka aku inilah yang bongsu. Adapun abang-abangku yang tersebut itu semuanya mati tatkala kecil, ada yang mati umur enam bulan, ada yang umur setahun, ada yang umur dua tahun, ada yang tiga tahun, demikianlah halnya sehinggalah bondaku seperti laku orang gila sebab mati anak-anaknya itu, maka sentiasa duduk menangis dan dukacita juga”. (Halaman 7)
2)      Sebermula, maka adalah halku daripada masa itu, tiadalah apa lain pekerjaan melainkan membaca-baca surat dan menyurat juga. Maka dalam sedikit hari demikian itu, maka tiba-tiba pecahlah khabar dalam Melaka mengatakan Inggeris konon hendak memecahkan Kota Melaka. Maka segala bangsa orang dalam Melaka pun tiadalah percaya yang boleh dipecahkan kota itu dengan mudahnya.” (Halaman 41)
Paralelisme
Paralelisme merujuk kepada salah satu asas dalam ilmu stilistik. Corbett dan Connors (1999:381) menterjemahkannya sebagai kesamaan struktur dalam pasangan atau siri kata-kata, frasa-frasa atau klausa-klausa yang berhubungan. Gaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama. Paralelisme merupakan gaya bahasa pengulangan iaitu sejenis gaya yang berusaha untuk mencapai keselarian dalam penggunaan kata-kata atau beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama dalam bentuk kenahuan yang sama (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 365 dan 2005b: 129).
Contoh:
1)      “Syahadan lagi adalah pekerjaan bapaku itu menjadi utusan kepada negeri-negeri Melayu seperti Lingga,Riau, Pahang dan Terengganu”. (Halaman 5)

Antitesis
Menurut Lanham (1968: 12), antitesis adalah tindakan menggabungkan idea-idea yang bertentangan, manakala Umar Jumus (1989:213) pula menjelaskan istilah antitesis merujuk kepada bentuk peletakkan dua ayat atau kata yang bertentangan dalam kedudukan dalam kedudukan berdampingan. Antitesis ialah penggunaan kata atau ungkapan untuk menghasilkan kesan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang ada ciri semantik yang berbeza atau bertentangan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 69) mendefinisikan antitesis sebagai sesuatu yang benar-benar berlawanan atau bertentangan. 

Contoh:
1)      “Maka dengan demikian sehari-hari tiadalah berhenti siang malam daripada belajar itu, maka barang apa perkataan orang, bolehlah aku eja dan menulis akan dia”. (Halaman 17)
2)      “Maka kebanyakkan kecualinya orang yang tiada berbatu uji itu terkena perkara yang demikian itu, tiada saksi yang menunjukkan baik jahat dan salah benarnya”. (Halaman 16)
3)      “Setelah tentulah bicara itu, maka oleh ibu bapaku dijemputkannyalah segala adik kakak dalam Melaka, laki-laki dan perempuan”. (Halaman 20)

Isokolon
Isokolon adalah pengulangan frasa-frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Kerapkali juga isokolon membawa nada yang puitis. Isokolon terjadi apabila wujud elemen yang mempunyai kepanjangan yang sama. Umar junus (1989:224) berpendapat isokolon adalah suatu pengertian dalam baris atau fikiran yang sama.
Contoh:
1)      “Maka sampailah ke mana- mana ia pergi mencarikan ubat berjenis-jenis, lain diminum, lain disapu perut, lain dibuat tuam dan berbagai-bagai”. (Halaman 11 )

 Anafora
Anafora ialah pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa yang berturutan. Pengulangan ini akan menghasilkan kesan emosi yang kuat. ( Corbett dan Connors 1999:390). Anafora ialah sejenis gaya bahasa pengulangan iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Ab. Kadir, 2005a: 326-327, dan 2005b: 107).
           Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 49) bahawa anafora ialah pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan beberapa kalimat atau klausa yang berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu.
Contoh :
1)      “Baik daripada jalan bahasanya, baik daripada  cetera-ceteranya, baik daripada hubungan hurufnya atau daripada canggung perkataannya”. (Halaman 24)
2)      “Maka ia itu dipakukan kepada satu kepala balak, maka sebelah lagi itu diberi berkunci. Maka ia itu hukuman budak yang lari sebentar-sebentar, dan selalu berkelahi, atau tiada mahu mendengar pengajaran ibu bapanya, dan lambat belaja”r. (Halaman 18)
3)      “Dan lagi jikalau ada sedikit-sedikit badanku tiada sedap rasanya, maka sengaja aku jadikan sakit banyak, supaya jangan aku belajar. Dan lagi malulah aku memandang muka harimau daripada memandang muka guruku itu”. (Halaman 14)

Aliterasi adalah sejenis gaya bahasa perulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden waima kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 324 dan 2005b: 106). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:37) pula mendefinisikan sebagai pengulangan bunyi atau huruf pertama pada beberapa perkataan yang berturutan dalam sesuatu baris, terutama dalam sajak.
Contohnya:
1)      “Sebelum ia dapat, tiada ia dilepaskan, dihantar nasi oleh ibu bapanya di situ”. (Halaman 19)
2)      “Maka jikalau sekiranya ada umurku seribu tahun sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu itu; kerana dapat tiada hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan, maka seorang jua pun tiada yang benci akan perkara yang tersebut itu”. (Halaman 16)

Asindeton
Asindeton ialah pengguguran kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan (Corbett dan Connors, 1999: 387). Lawan bagi asindeton ialah polisindeton, iaitu penggunaan kata hubung yang banyak. Menurut Corbett, asindeton memberikan kesan rima yang tepat dalam ayat. Umar Junus (1989: 214-215) pula mendefinisikan asindeton sebagai ketiadaan penggunaan kata hubung yang menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain atau satu frasa dengan frasa yang lain.
            Asindeton ialah gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda bacaan yang sama berulang-ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat antara satu dengan yang lainnya menjadikan satu ayat yang panjang, iaitu hanya dengan tanda koma atau beberapa tanda koma (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 330 dan 2005b: 109-110). Tegasnya, gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma dalam satu ayat. Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga dalam penulisan kreatif. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:84) mendefinisikan asindeton sebagai deretan kata (frasa, klausa,ayat) yang tidak menggunakan kata hubung.  
Contoh:
1)      “Dan lagi kalau apabila guruku itu ada sakit-sakit sedikit, tidak boleh mengajar, maka itulah yang menjadi sukacita yang amat besar kepadaku, supaya boleh aku pergi bermain”. (Halaman 14)
2)      “Adapun gunanya itu supaya mengetahui ilmu kira-kira, dan hitung-menghitung, dan boleh bertutur bahasa, kerana pada zaman itu penuh sesak saudagar-saudagar Keling dalam negeri Melaka”. (Halaman 21)

Polisindeton
Polisindeton menurut Corbett dan Connors (1999: 388) ialah penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Dengan kata lain, polisindeton merupakan kebalikan asindeton. Menurut Corbett, strategi polisindeton bertujuan melambatkan irama prosa dalam perenggan dan seterusnya menghasilkan kesan penegasan yang jitu. Polisindeton boleh juga digunakan bagi menunjukkan penekanan terhadap sesuatu maksud.
            Polisindeton ialah gaya bahasa pengulangan iaitu yang menggunakan kata hubung yang sama berulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa dalam ayat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 370 dan 2005b: 133)
Contoh:
1)      “Sebermula maka apabila aku terkenang-kenang akan palu, dan sesah, dan tampar, dan maki, dan beberapa loh yang pecah di kepalaku, dan rajuk masam muka, dan tengking herdik segala guruku itu; adapun satu-satu bilur rotan di atas tubuhku tatkala belajar itu sekarang ini menjadi satu cermin mata padaku pada masa ini”. (Halaman 15)
2)      “Maka ia itu hukuman seperti budak-budak pelari mengaji, atau memanjat pohon-pohon, atau menendang kawan-kawannya, dimasukkan kedua-dua belah kakinya ke dalam tali itu, diputar ke atas, kemudian disesah tapak kakinya, demikianlah rupanya”. (Halaman 18)

3)      Maka dalam parit itu adalah beberapa buaya dan ikan siakap dan jempul dan hudang galah menjadi.” (Halaman 43)

No comments:

Post a Comment