HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat Hang Tuah
merupakan penceritaan berkaitan seorang tokoh dan watak manusia yang bernama
Hang Tuah. Pengarang mengolah jalan cerita berlatar belakangkan zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Hang Tuah telah berkhidmat dengan Kesultanan Melayu
Melaka. Hang Tuah di gambarkan individu yang amat taat setia kepada raja
sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Hang Tuah telah menumpukan seluruh
khidmat dan nyawanya kepada raja. Hang Tuah misalnya dianggap sebagai lambang
kekuasaan dan kebesaran kerajaan Melayu Melaka. Nama-nama tempat yang digunakan
di dalam hikayat sememangnya wujud dan seperti Melaka, Palembang, Inderpura,
Temasik, China dan sebagainya. Dalam Hikayat Hang Tuah banyak memerihalkan
kegiatan manusia. Hikayat Hang Tuah tidak mempunyai rangka masa yang
jelas. Hang Tuah dikatakan hidup sepanjang zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan hilang penceritaannnya selepas Melaka ditakluki oleh Portugis.
Pelaku dan tokoh utama dalam Hikayat Hang Tuah banyak melampaui batas manusia. Kebolehannya yang luar biasa dicipta oleh penulis sehingga ada yang berpendapat bahawa Hang Tuah hanyalah suatu kisah dongeng sahaja. Hikayat Hang Tuah merupakan karya sastera epik. Menurut Abu Hassan Sham (1975), hikayat ini dianggap epik kerana ia menceritakan tentang kisah seorang pahlawan yang diagungkan oleh masyarakat, mempunyai sifat luar biasa, latar masa yang panjang dan latar tempat yang mencakupi seluruh dunia.

![]() |
![]() |
SULALATUS SALATIN / SEJARAH MELAYU
Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah berkaitan kebangkitan, kegemilangan
dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang
pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu
telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa
Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini
kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada tahun 1528. Portugis merampas naskhah
Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini
kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat
sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi
Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan
Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah telah
mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja
Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13
Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya
Sogoh dari Goa/Gowa.Tun Sri Lanang telah menghasilkan sebanyak 15 bab dalam
Sulalatus Salatin ini. Dalam setiap bab, dipecahkan pula kepada beberapa
bab-bab kecil mengikut kesesuaian penulisannya.
TUHFAT AL-NAFIS
Karya Tuhfat al-Nafis
yang bermaksud ‘hadiah paling berharga’ merupakan sebuah karya sejarah yang
mengisahkan tentang sejarah Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat,
Sulawesi Selatan dan Betawi pada awal abad ke-19. Tuhfat al-Nafis merupakan
buku sejarah karangan Raja Ali Haji, sasterawan dari Riau dan pangeran
Kesultanan Riau-Lingga keturunan Bugis. Buku ini ditulis pada tahun 1885 dalam
huruf Jawi. Karya tersebut juga merupakan kitab sejarah yg terpenting dalam
kesusasteraan Melayu selepas Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang, seorang
Bendahara di Johor sekitar tahun 1612.
Penulisan karya agung ini telah dimulakan oleh Raja Haji Ahmad dan
diteruskan hingga selesai oleh anaknya Raja Ali Haji. Memandangkan kedudukan
mereka yg istimewa dalam kalangan ahli-ahli istana sezaman, kedua-dua tokoh
tersebut dapat menggabungkan bakat dan pengalaman masing-masing untuk
melahirkan satu sejarah bangsa Melayu yg unik. Menurut Virginia Matheson,
penterjemah karya agung ini, pengarang Tuhfat al-Nafis lebih cenderung dengan
suku kaum Bugis. Hal ini kerana tema Tuhfat al-Nafis dikatakan lebih cenderung
kepada cerita raja-raja dan rakyat Bugis atau lebih dikenali sebagai Bugis-centric (
Arba’iyah Mohd Nor, 2002: 125).
Selain itu, pengarangnya juga menjadikan karya trsebut sebagai alat untuk
mempertahankan kedudukan suku Bugis dalam Kesultanan Melayu terutamanya negeri
Johor. Karya ini juga bukan sekadar mengangkat martabat kaum Bugis tetapi ia
turut memuatkan sentiment atau gambaran tidak baik atau negative kepada
musuh-musuh kaum Bugis seperti Raja Kecil dan suku kaumnya di Minangkabau dan
kaum Melayu sendiri. Karya ini membawa pembacanya mengenali tentang kebudayaan,
ketinggian dan kemakmuran perdagangan kerajaan Johor. Ia juga memaparkan kisah
tentang pengalaman penduduk di sekitar gugusan kepulauan Melayu sebelum dan
sesudah kedatangan kuasa-kuasa Eropah.Tuhfat al-Nafis memberikan gambaran yang
cukup menarik berkisar tentang kehidupan harian di Pulau Penyengat iaitu pusat
pentadbiran kerajaan. Karya ini menceritakan tentang sejarah Kerajaan
Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan
Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling
kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad
ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga
pertengahan abad ke-19. Tuhfat al-Nafis meliputi penceritaan tentang kerajaan
Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.
Tuhfat al-Nafis dimulakan dengan ringkasan yang diambil daripada Sulalatus Salatin
atau Sejarah Melayu. Kemudian, penulisannya menceritakan dengan lebih
terperinci tentang sejarah Kesultanan Johor-Riau. Watak dinamik atau watak
utama dalam Tuhfat al-Nafis adalah orang-orang Bugis yang dikatakan gagah dan
berdiplomasi sehinggakan dapat meraih kedudukan penting di negeri-negeri Riau,
Selangor, Sambas dan Matan-Sukadana.
Secara ringkasnya, bab-bab dalam karya Tuhfat al-Nafis merangkumi
tajuk-tajuk yang berkaitan seperti Raja-raja Melayu Pertama dan Salasilah
Melayu, Raja-raja Siak dan Salasilah Mereka, Salasilah Keturunan Bugis, Raja
Kechik, Bugis di Mempawah, Perbalahan antara Perak dan Selangor, Belanda
Menetap di Tanjung Pinang dan Tengku Husin Menjadi Sultan Singapura.
![]() |
BUSTAN AL-KATIBIN
Bustanu al-Katibin
li’s-Sibyan al-Muta’allimin atau lebih
dikenali sebagai Bustan al-Katibin merupakan Kitab Perkebunan Jurutulis
bagi Kanak-kanak yang Hendak Belajar. Kitab tersebut merupakan salah satu karya
yang ditulis oleh penulis tersohor, ilmuwan dan budayawan Melayu terulung iaitu
Raja Ali Haji yang berasal dari Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Karya tersebut
merupakan tulisan paling awal yang berkisar tentang bahasa Melayu. Kitab yang
mempunyai pelbagai maklumat tentang tatabahasa Melayu ini siap dikarang pada
1267 Hijrah bersamaan dengan tahun 1850 Masihi. Tulisan dalam karya ini
menggunakan skrip tulisan Jawi/Arab yang berbentuk gaya khat jenis nasyta’lik.
Jenis tulisan khat tersebut mempunyai ciri-ciri tulisan yang tegap, seimbang,
konsisten dan indah.
Raja Ali Haji telah membahagikan kitab ini kepada tiga bahagian kandungan. Tiga bahagian tersebut terdiri daripada bahagian Mukadimah atau bahagian pendahuluan, bahagian Fasal-Fasal yang mengandungi 30 Fasal kesemuanya dan bahagian Khatimah atau bahagian penutup. Bahagian Mukadimah membincangkan tentang kelebihan ilmu, akal, adab dan budi bahasa. Bahagian kedua dalam Bustan al-Katibin terdiri daripada 30 Fasal. Fasal-fasal tersebut pula dibahagikan kepada enam topik. Pembahagian enam topic tersebut adalah menikut fasal seperti Fasal 1 hingga Fasal 9, Fasal 10 hingga Fasal 13, Fasal 14 dan Fasal 15, Fasal 16 hingga Fasal 28, Fasal 29 dan Fasal 30. Fasal 1 hingga Fasal 9 membincangkan tentang peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu. Peraturan tersebut menerangkan terdapat 30 abjad bahasa Arab dengan tambahan empat abjad lain, iaitu ca, ga, nga dan nya untuk digunakan sebagai fonem Melayu. Topik kedua yang dibincangkan dalam kitab tersebut adalah berkaitan huraian tentang kelas kata. Topik tersebut terletak dalam Fasal 10 hingga Fasal 13. Kelas kata dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu kelas kata isim atau kata nama, kelas kata fi’il atau kata kerja dan kelas kata harf atau kata partikel. Fasal 14 dan Fasal 15 pula menerangkan tentang topik unit-unit tatabahasa yang terdiri daripada ayat atau klausa, frasa dan perkataan. Fasal 16 hingga Fasal 28 adalah berkaitan dengan pelbagai binaan sintaksis. Fasal 29 pula berkaitan prinsip dan peraturan menyusun perkataan dalam membuat karangan, iaitu perkara yang perlu diutamakan dan didahulukan dalam penulisan sesebuah karangan. Fasal 30 merupakan sambungan prinsip dan peraturan dalam Fasal 29. Pengarang, iaitu Raja Ali Haji menerangkan secara terperinci termasuklah penggunaan bahasa raja-raja.
Selain itu, kaedah membuat surat kiriman lengkap yang terdiri daripada pendahuluan, kandungan dan penutup turut dibincangkan dalam fasal ini. Bahagian Khatimah atau bahagian penutup pula mengandungi tiga pesanan daripada Raja Ali Haji. Pesanan pertama ditujukan kepada para penuntut supaya sentiasa mematuhi adab, syarat dan peraturan menuntut ilmu. Pesanan kedua pula ditujukan kepada para guru. Para guru perlulah mengajar secara tertib mengikut susunan bab dan fasal. Pesanan terakhir ditujukan kepada para penyalin kitab tersebut supaya tidak mengurangkan atau melebih-lebihkan isi kandungan yang terkandung dalam kitab. Raja Ali Haji mengakhiri penulisan dalam kitab tersebut dengan selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga dan sahabatnya. Beliau juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan ucapanal-hamdulillahi Rabbi ‘l-‘alamin.

HIKAYAT ABDULLAH
Hikayat Abdullah
merupakan satu karya agung yang memperihalkan pengalaman dan kisah hidup
sebenar Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sejak dilahirkan sehingga meninggal
dunia. Hikayat ini ditulis oleh Abdullah Munsyi. Catatan mengenai peristiwa
yang berlaku dalam hidup Abdullah Munsyi juga diabadikan di atasa naskah cap
batu dan tulisan Jawi di Singapura pada Mac 1949. Abdullah seringkali
mencatatkan semua peristiwa yang berlaku di tempat kelahirannya iaitu Kota
Melaka.
Selain itu, beliau juga mencatatkan tentang
pelayarannya ke Singapura dalam hikayat ini dan mengkritik suasana sosial yang
bersifat negatif pada ketika itu. Kritikan yang disampaikan oleh Abdullah turut
menjurus kepada sikap pemerintah yang mementingkan diri dan mudah termakan
dengan pujuk rayu penjajah serta sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu
mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik. Kritikan tersebut telah
menyebabkan Abdullah digelar sebagai “Abdullah Paderi” oleh orang Melayu. Gelaran
tersebut timbul juga disebabkan oleh kerana Abdullah sering membantu orang
putih. Sebagai contoh ialah beliau ditugaskan untuk menyalin dan membaikpulih
terjemahan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Beliau turut
mengkritik golongan penjajah iaitu dengan menyatakan bahawa golongan penjajah
hanya tahu mengambil kesempatan atas kelemahan orang Melayu. Hikayat Abdullah
yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani mempunyai 23 bab. Setiap bab mempunyai cerita dan kisah-kisah yang tersendiri.
![]() |
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah
dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada
awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk
membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari
sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya
sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad
pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki
itu dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah
dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau
dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat
sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut
rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun
demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang
tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri
Betung kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad,
baginda sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui
bahawa anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad.
Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.
Rujukan
No comments:
Post a Comment