KONSEPTUAL KARYA AGUNG
“Karya” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud buatan
atau ciptaan sesuatu. Manakala “Agung” pula membawa maksud paling besar,
terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung
boleh diertikan sebagai ciptaan atau buatan yang terutama, tertinggi dan
teristimewa daripada seseorang pengarang.
Karya Agung Melayu merupakan karya yang melambangkan keunggulan
daya cipta atau hasil kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu
pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealisme, nilai pandangan hidup, adat,
budi, kesedaran dari segi agama dan moral dan visi bangsa dan masyarakatnya
melalui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga mampu
untuk meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang
zaman dalam kehidupan bangsa Melayu. Secara amnya, ketamadunan Melayu amat
sekali dipengaruhi dan dibentuk oleh tradisi sastera ini sendiri.
Karya Agung Melayu juga bererti karya-karya agung yang ditulis atau
diungkapkan serta dilisankan. Sebagai contoh adalah pepatah, pantun, lipur lara
dan lain-lain lagi dalam bahasa Melayu tanpa mengira kelompok bangsa dan etnik
dalam kawasan dunia Melayu, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu
atau orang Melayu Brunei dan sebagainya yang menghasilkan karya-karya tersebut
(Penghayatan Karya agung Melayu: 3). Karya agung Melayu juga ialah karya yang
melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis, dan pemikir bangsa Melayu
pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat,
budi, kesedaran moral,dan sebagainya. Kesemuanya itu digambarkan dalam bentuk
sastera dan seni yang tinggi niainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah
kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu banyak
terbentuk daripada tradisi sastera agung ini. Karya agung Melayu bererti karya
yang ditulis atau diungkapkan dalam bahasa Melayu. Karya-karya ini termasuklah
pepatah, pantun, penglipur lara dan lain-lain. Ia tidak mengambil kira kelompok
bangsa atau etnik dalam kawasan dunia Melayu ini sama ada orang semenanjung
Tanah Melayu, Brunei, Aceh, Bugis, Minangkabau dan lain-lain. Sempadan
geogerafi tidak menjadi persoalan, sebaliknya pemikiran yang mampu dicetuskan
dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah
atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-temurun itu yang diutamakan.
Berdagang
merupakan aktiviti biasa yang dilakukan oleh masyarakat Melayu dahulu. Malahan,
masyarakat hari ini juga turut melakukan aktiviti berdagang bagi meluaskan lagi
empayar perniagaan. Aktiviti berdagang pada zaman dahulu dilakukan bagi
mendapatkan barangan untuk tujuan jual beli. Pedagang akan merantau keluar dari
tempatnya untuk mendapatkan bekalan barangan jualan. Dalam buku Sulalatus
Salatin, konsep berdagang turut diselitkan apabila Sultan Mahmud mengkehendaki
kain serasah empat puluh jenis.
“Hatta maka Sultan Mahmud pun
hendak menyuruh ke benua Keling, membeli kain serasah empat puluh bagai; pada
sebagai empat puluh helai; pada sehelai empat puluh bunganya. Maka Hang Nadim
dititahkan baginda ke benua Keling membeli kain itu; kerana Hang Nadim terlalu
pandai barang pekerjaan.”
(Sejarah
Melayu, 2010:218)
Contoh
ini jelas menunjukkan terdapat pedagang yang mahir berdagang iaitu Hang Nadim.
Hal ini membuktikan, masyarakat Melayu ketika itu sudah mula menjalankan
aktiviti perdagangan. Malah, aktiviti berdagang ini terus dijalankan sehingga
kini sehingga terjalinnya hubungan perdagangan dengan negara-negara luar.
2. Konsep Melayu
Masyarakat
Melayu terkenal dengan identitinya yang penuh adab sopan serta adatnya. Selain
adab sopan dan adat yang diamalkan, masyarakat Melayu sangat berpegang pada
konsep waad atau perjanjian. Masyarakat Melayu dahulu akan mementerai perjanjian
terhadap sesuatu perkara. Masyarakat Melayu dahulu sangat berpegang pada
peribahasa iaitu ‘kerbau diikat pada tali, manusia diikat pada janji’. Dalam
Sulalatus Salatin, konsep waad ini jelas dilihat antara Demang Lebar Daun
dengan Seri Teri Buana.
“ Maka sembah Demang Lebar Daun, “
Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendak patik itu,
patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik.”
“Maka titah Seri Teri Buana,
“Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga
pada paman.” Maka sembah Demang Lebar Daun , “Janji yang mana itu, patik
pohonkan titah Duli Yang Maha Mulia.”
(Sejarah
Melayu, 2010:25)
Petikan
diatas adalah perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana
tatkala Seri Teri Buana berhasrat mahu berkahwin dengan puteri Demang Lebar
Daun. Kemudian, Seri Teri Buana juga membuat satu perjanjian dengan Demang
Lebar Daun setelah beliau menerima perjanjian daripada Demang Lebar Daun. Jelas
lah disini bahawa konsep perjanjian itu sering dipraktiskan dalam masyarakat
dahulu. Malah konsep ini turut dipartikkan dalam masyarakat hari ini. Namun,
kepatuhan masyarakat hari ini terhadap janji yang dimenterai kemungkinan tidak
lagi sama seperti masyarakat zaman dahulu.
Selain itu, masyarakat Melayu dahulu
juga terkenal denga ketinggian budi bicaranya. Masyarakat dahulu mengatur patah
bicaranya dengan panjang lebar dan ayatnya bersimpang siur. Mereka banyak
menggunakan bahasa kiasan kerana mereka tidak mahu tutur bicara mereka
mengguris perasaan orang yang mereka berbicara. Manis bicara yang diungkapkan
bukan sahaja dalam kalangan rakyat jelata sesama rakyat, malah kelembutan
bicara tersebut juga dituturkan ketika seseorang menyembah raja.
… “Daulat Tuanku Syah Alam, patik
ini hamba yang hina mohonkan ampun dan kurnia di bawah Duli Yang Dipertuan akan
patik ini, kerana hamba Syah Alam tiada berdosa ke bawah cerpu Duli Syah Alam.
Maka hamba Syah Alam pun harap akan ampun Syah Alam kerana si Tuah tiada mahu
bertuan lain daripada anak cucu Syah Alam.”
(Hikayat Hang Tuah,
1997 : 231)
Petikan diatas diujarkan oleh Hang
Tuah terhadap rajanya. Hang Tuah memohon sembah kepada raja supaya mengampuninya.
Hang Tuah menggunakan perkataan yang menjunjung rajanya itu dan beliau
menggunakan ayat menghina bagi mewakili dirinya sebagai tanda beliau menjunjung
tinggi rajanya itu.
3. Konsep Merantau atau Mengembara
Merantau
dan mengembara merupakan perkara lazim yang dilakukan oleh masyarakat pada
zaman dahulu. Merantau bermaksud berpindah ke sesuatu tempat dan menetap
sementara atau selamanya di perantauan. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan masyarakat dahulu merantau. Antaranya ialah untuk membuka
petempatan baru, membina kehidupan baru atau disebabkan perkahwinan. Dalam
Hikayat Hang Tuah, diceritakan dalam watak Hang Tuah lima bersaudara tatkala
mereka masih kecil. Hang Tuah menyuarakan pendapat kepada empat lagi saudaranya
untuk meranatu ke temapat lain untuk mencari makan.
… “ Hai saudaraku keempat, kita ini
lima bersaudara dapatlah melayarkan sebuah perahu lading supaya kita pergi
merantau barang kemana mencari makan.” Maka kata Hang Jebat dan Hang Kasturi, “
Mengapatah tiada dapat kita lima bersaudara ini melayarkan sebuah perahu?” maka
sahut Hang Tuah, “ Baiklah jika demikian. Perahu bapa hamba ada, sebuah lading
lengkap dengan perahunya; kita turun dengan beras juga, sepuluh gantang pada
seorang.” Maka sahut Hang Jebat dan Hang Kasturi, “Marilah kita pulang, kita
berlengkap.”
(Hikayat Hang Tuah,
2008:25)
Petikan tersebut jelas menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu dahulu gemar merantau untuk mencari rezeki. Mereka
keluar merantau dari tempat asal mereka kerana mahu memperbaiki kehidupan
mereka. Hal ini kerana, mereka cuba untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik
tanpa mengharapkan rezeki di tempat sendiri.
Dalam
Sulalatus Salatin juga turut diselit konsep merantau oleh pengarangnya. Perkara
ini dapat dilihat dalam bab pembukaan negeri Melaka.
“Sebermula Raja Iskandar Syah
berjalan itu datang hampir hulu Muar, bertemu suatu tempat yang baik. Maka
baginda berhenti berbuat tempat dengan pagarnya, akan berbuat negeri. Apabila
malam hari, datanglah biawak terlalu banyak beribu-ribu. Setelah hari siang,
dibawa orang ke air, apabila malam datang pula berlaksa-laksa, serta siang hari
di padang orang banyak pula, maka dibunuh orang dibuang ke air, dan apabila
malam datang pula berganda, dibunuhi orang menjadi busuklah tempat itu tiadalah
terhidu bau busuknya; maka itulah tempat itu dipanggil “Biawak busuk”,
datanglah sekarang.”
“Maka Raja Iskandar Syah pun
berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya; dan
kualanya berbuki. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon
kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong terjun
anjing dihambat pelanduk. Titah baginda “Baik ini diperbuat negeri, anjing alah
oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” Maka Sembah Segala Orang
Besar-besar, “Benarlah seperti titah duli tuanku itu. Maka disuruh baginda
tebas, diperbuat negeri. Maka titah baginda, “Apa nama kayu itu?” Maka sembah
orang, “Kayu Melaka namanya, tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah, “Jika
demikian Melakalah nama negeri ini.”
(Sejarah
Melayu, 2010:70-71)
Petikan
diatas menunjukkan masyarakat pada zaman dahulu merantau untuk membuka
petempatan atau negeri. Hasil daripada aktiviti merantau tersebut, banyak
tempat telah ditemui dan banyak negeri telah berjaya dibuka. Malah
negeri-negeri tersebut kekal sehingga ke hari ini. Misalnya, negeri Melaka.
Konsep merantau tersebut masih kekal sehingga ke hari ini. Namun, kebanyakan
masyarakat Melayu hari ini merantau disebabkan oleh factor perkerjaan dan
perkahwinan.
4. Konsep Keagamaan
Setelah
kedatangan Islam ke alam Melayu, masyarakat Melayu sangat menitikberatkan
amalan keagamaan dalam diri mereka. Setelah sultan Melaka diislamkan oleh
seorang makhdum dari Jeddah, maka semua rakyat jelata dititahkan untuk memeluk
agama Islam. Setelah itu, masyarakat Melayu mula mengamalkan ajaran Islam dalam
kehidupan seharian mereka. Bukan rakyat jelata sahaja, malah kerabat diraja
turut tidak ketinggalan mengamalkan ajaran Islam.
“Maka Sultan Alau’d-Din pun terlalu
sukacita mendengar sembah segala mereka itu. Maka baginda memandang kepada muka
anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah Baginda, “Hei anakku, adapun engkau
hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan hamba sahayamu , dan baik-baik
memelihara akan dia; kerana firman Allah Taala Inna’llahu ma’as sabirin, yakin
bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepadamu
dua perkerjaan, satu perkerjaan Allah, dan suatu pekerjaan dunia. Hendaklah
engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala yang akan
memelihara akan kamu kerana wa man yatawakkal ‘ala’llah. Dan segala anak Melayu
bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada hukum
syarak dosanya derhaka, bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti
kata Arab Al-‘abdi tinu’l maulahu, yang hamba itu tanah tuhannya.”
(Sejarah
Melayu, 2010:186-187)
Petikan
tersebut merupakan pesanan daripada Sultan Alau’d-Din kepada anaknya Raja
Mamad. Pesanan baginda sarat dengan pesana berbentuk keagamaan. Selain itu,
baginda juga berpesan kepada anknya supaya sekiranya anaknya itu bakal menjadi
raja setelah kemangkatannya, anaknya itu haruslah memerintah dengan adil.
Sekiranya terpaksa menjatuhkan hukuman, hukuman tersebut hendaklah berpandukan
syarak. Bertitik tolak daripada kerajaan Melaka inilah, agama Islam kekal di
Alam Melayu dan diamalkan sehingga sekarang.
5. Konsep Feudal atau Pemerintahan
Beraja
Konsep
feudal atau pemerintahan beraja juga turut diterapkan dalam karya agung
Sulalatus Salatin. Sememangnya masyarakat Melayu dahulu diperintah oleh Raja
atau Sultan. Rakyat bawahan wajib mentaati rajanya dan mereka disogok dengan
kenyataan bahawa sekiranya rakyat menderhaka kepada sultan, mereka akan terkena
tulah. Oleh sebab konsep ketaatan itulah terdapat segelintir raja-raja pada
zaman dahulu mengambil kesempatan memerintah dengan zalim. Biarpun titah yang
diberikan sangat kejam atau tidak berperikemanusiaan, namun orang bawahan
terpaksa menurut perintah kerana takut dihukum kerana menderhaka. Rakyat pula
terpaksa akur dengan pemerintahan yang zalim kerana sekiranya mereka
menderhaka, mereka akan terkena tulah atau hukum karma. Dalam Sulalatus
Salatin, pengarang ada menyelitkan pemerintahan seorang raja yang zalim sebagai
pengajaran dalam bab Singapura dilanggar todak.
“Maka suatu hari, Tuan Jana Khatib
berjalan di pekan Singapura bertudung; maka ia lalu hampir pagar istana raja.
Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung
oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu
belah dua.”
“Setelah dilihat oleh Paduka Seri
Maharaja perihal itu, maka bagindapun terlalu murka; titah baginda, “ Lihatlah
kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia
menunjukkan ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa
orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang, disanalah
ia ditikam orang.”
(Sejarah Melayu, 2010:67)
Petikan
tersebut menunjukkan perilaku seorang pemerintah bertindak zalim terhadap
rakyatnya yang tidak bersalah. Raja tersebut menjatuhkan hukuman tanpa usul
periksa sehingga menyebabkan nyawa seorang rakyat yang tidak berdosa melayang.
Namun, secara keseluruhan cerita dalam Sulalatus Salatin ini, pengarang banyak
menceritakan tentang pemerintahan raja atau sultan yang baik. Pengarang juga
menceritakan ketaatan rakyat terhadap raja sehinggakan rakyat biasa yang
bernama Hang Tuah diangkat menjadi legenda kerana kepatuhannya kepada Sultan.
6. Ketaatan Kepada Raja atau Sultan
Masyarakat
dahulu telah diterapkan dengan nilai ketaatan dan kepatuhan kepada raja. Dengan
itu, semua rakyat jelata wajib patuh kepada semua arahan raja atau sultan
meskipun perintah yang diberikan dianggap zalim dan tidak wajar. Dalam Hikayat
Hang Tuah, konsep ketaatan kepada raja sangat jelas dalam watak Hang Tuah itu
sendiri. Ketaatan Hang Tuah kepada rajanya tidak berbelah bahagi. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas apabila raja menitahkan agar Hang Tuah membunuh rakan baik
yang dianggap seperti saudara sendiri iaitu Hang Jebat.
“Maka Seri Nara Diraja
punmenyuruhkan orang mengambil Hang Tuah; maka Hang Tuah datanglah dibawa orang
ke hadapan Sultan Mansur Syah. Pucat, kurus, jalan teranggar-anggar. Miskinan
Hang Tuah belas segala yang memandang kerana lama dalam pasungan. Setelah
Sulatn Mansur Syah melihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi baginda ayapan.
Setelah sudah Hang Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris
daripada pinggang baginda, dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “Basuhkan
arang dimuka aku.” Maka sembah Hang Tuah, “Insya-Allah Taala, baiklah tuanku.”
Maka Hang Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkan Hang Jebat.”
(Sejarah Melayu, 2010:140)
Petikan diatas merupakan perintah
daripada Sultan Mansur Syah kepada Hang Tuah supaya membunuh Hang Jebat yang
dikatakan menderhaka kepada baginda. Biarpun Hang Jebat merupakan sahabatnya
sejak kecil, namun demi ketaatannya kepada sultan, Hang Tuah sanggup membunuh
sahabatnya itu. Hal ini berkemungkinan kerana Hang Tuah memegang konsep “kerja
raja dijunjung, kerja sendiri dikelek”. Ketaatan beliau sangat jelas ketara
sehinggakan beliau tidak mempersoalkan kewajaran tindakannya untuk membunuh
Hang jebat. Dalam Hikayat Hang Tuah tiada tanda yang menunjukkan bahawa Hang
Tuah menghadapi dilema untuk membunuh sahabat sejak kecilnya itu. Padanya,
tugas yang diarahkan oleh raja harus dilaksanakan. Manakala, soalan tentang
kewajaran perintah tersebut diletak
ketepi.
Contoh diatas merupakan sebahagian
daripada bukti ketaatan Hang Tuah terhadap sultan. Ketaatan Hang Tuah kepada
rajanya tidak berbelah bahagi. Dalam Hikayat Hang Tuah, Tuah digambarkan
sebagai rakyat dan tokoh yang setia menjalankan segala perintah rajanya
walaupun kadangkala tugas yang diberikan itu tidak sejajar dengan kedudukannya
sebagai pahlawan negara. Hal ini dapat dilihat sewaktu raja memerintahkan
beliau mengambil kuda tezi kesayangan anakanda baginda raja yang jatuh ke dalam
telaga tahi.
7. Keberanian
Konsep
keberanian boleh dikatakan sebagai cerminan masyarakat Melayu dahulu. Hal ini
kerana, sifat keebarnian juga turut tersemat dalam diri masyarakat Melayu
dahulu. Mereka berani melakukan pelbagai perkara termasuk mempertahankan tanah
air mereka daripada penjajah. Dalam Hikayat Hang Tuah, pengarangnya turut
memaparkan keberanian beberapa watak yang digarab dalam karyanya. Dalam hikayat
ini, konsep keberanian dapat dilihat dengan jelas pada watak utamanya iaitu
Hang Tuan. Sifat keberanian ini juga turut ditonjolkan pada watak Hang Jebat.
Keberanian Hang Tuah dapat dilihat sejak beliau kecil lagi. Hal ini kerana,
walaupun masih kecil Hang Tuah dan empat sahabatnya yang lain sudah berani
meneroka laut dalam dengan menaiki perahu gading milik bapanya.
…
““ Hai saudaraku keempat, kita ini lima
bersaudara dapatlah melayarkan sebuah perahu lading supaya kita pergi merantau
barang kemana mencari makan.” Maka kata Hang Jebat dan Hang Kasturi, “
Mengapatah tiada dapat kita lima bersaudara ini melayarkan sebuah perahu?” maka
sahut Hang Tuah, “ Baiklah jika demikian. Perahu bapa hamba ada, sebuah lading
lengkap dengan perahunya; kita turun dengan beras juga, sepuluh gantang pada
seorang.” Maka sahut Hang Jebat dan Hang Kasturi, “Marilah kita pulang, kita
berlengkap.”
Petikan diatas menunjukkan Hang Tuah
dengan berani mengajak keempat-empat saudaranya merantau dengan menggunakan
jalan laut. Setelah mendapat keebnaran daripada ayahanda dan bonda
masing-masing, mereka berlima pun merantau. Semasa mereka merantau ke tengah
laut, mereka diserang oleh tiga buah perahu lanun.
“ Berapa antaranya maka dilihat
oleh Hang Tuah dari jauh, maka kelihatan perahu berlayar tiga buah menuju
perahu mereka. Maka kata Hang Tuah, “ Hai handiaku keempat, ingat-ingat kita;
perahu musuh rupanya yang datang kelihatan tiga buah itu.” Maka dilihatnya
benarlah seperti kata Hang Tuah itu. Maka kata Hang Jebat, “Perahu musuhlah
lakunya. Apa bicara kita kalian?” Maka sahut Hang Kasturi, “ Apatah yang kita
endahkan? Yang kita hendak pun bertemu dengan perahu musuh.” Maka sahut Hang
Lekir dan Hang Lekiu, “ Mengapa pula begitu? Masa beta tumangkan; sehingga mati
sudahlah.” Maka kata Hang Tuah seraya tersenyum, “ Hai saudaraku, pada bicara
hamba, baik juga perang diatas pulau kerana perahu kita kecil; tewas juga kita
kera ia tiga buah dengan besarnya dan senjatapun banyak dan orangpun banyak;
sukar melawani dia.” Maka kata Hang Kasturi, “ Yang mana benar segeralah kita
kerjakan, kerana makin hampir.” Oleh Hang Tuah membelokkan perahunya itu menuju
pulau itu.”
(Hikayat Hang Tuah, 2008:25)
Petikan
diatas menceritakan keadaan mereka berlima ketika didatangi musuh. Mereka
sedikit pun tidak gentar hendak melawan musuh yang sebegitu ramai dan lengkap
dengan senjata. Malah, mereka sempat berfikir kaedah yang berkesan untuk
mengalahkan musuh mereka. Contoh ini jelas mejunjukkan konsep keberanian orang
Melayu pada zaman dahulu apabila kanak-kanak yang masih kecil ini berlayar
sendirian tanpa ditemani oleh orang yang lebih dewasa. Malah, mereka juga berani
berhadapan dengan begitu ramai musuh yang lengkap dengan senjata sedangkan
mereka hanya berlima dan mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Dalam
hikayat yang sama, pengarang menceritakan keberanian seorang rakyat jelata
menderhaka kepada raja kerana raja bertindak zalim. Keberanian ini ditonjolkan
pada watak Hang Jebat. Hang Jebat sangat berani menegakkan keadilan sehinggakan
beliau sanggup menderhaka kepada raja. Biarpun keberaniannya dalam menuntut
keadilan telah menyebabkan beliau dibunuh oleh sahabatnya sendiri iaitu Hang
Tuah, namun keberaniannya itu telah menjadi contoh dan tauladan sehingga kini.
Hal ini kerana, kita sewajarnya berani menentang kezaliman demi menjaga
kesejahteraan negara.
8. Diplomasi
Konsep
diplomasi atau menjalinkan hubungan serantau dengan negara-negara lain di dunia
juga merupakan konsep penting yang menjadi cerminan masyarakat Melayu dahulu.
Dalam Sulalatus Salatin, pengarang turut menceritakan Melaka melakukan hubungan
diplomasi dengan Negara-negara lain seperti Siam, Majapahit, China dan India.
Hubungan diplomasi dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusan ke Siam iaitu
rombongan yang diketuai oleh Tun Telanai dan Tun Jana Putera. Melaka telah
menghantar utusan mereka kerana mahu bersahabat dengan Siam dengan cara
menghantar surat melalui rombongan yang diterajui oleh Tun Telanai dan Tuj Jana
Kahtib. Di Siam, rombongan daripada Melaka diterima baik oleh Raja Siam.
Rombongan tersebut disambut dan diraikan dengan dipersembahkan dengan
pertunjukan lembing. Hasil rombongan tersebut, Melaka telah Berjaya meyakinkan
kerajaan Siam untuk menjalinkan hubungan diplomatik. Dengan termenterainya
perjanjian persahabatan tersebut, maka Melaka telah bersahabat dengan Siam.
Langkah ini telah benyak memberi keuntungan kepada Melaka. Langkah ini telah
menjamin keutuhan Melaka sekali gus meningkatkan keduudkan Melaka standing
dengan Siam. Selain itu, keselamatan Melaka juga terjamin. Hal ini kerana,
sekiranya kerajaan Melaka diancam, sultan Melaka akan mendapatkan bantuan
ketenteraan daripada Siam.
Selain melakukan hubungan diplomatik
dengan Siam, Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan
Majapahit. Melaka menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah
telah jatuh cinta kepada Puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Cendera Kirana.
“ Sebermula, ke Melaka pun
kedengaranlah pula peri baik parasnya tuan puteri itu. Maka Sultan Mansur Syah
pun berkiri-kira akan pergi ke Majapahit, berani rasanya baginda akan galuh
Majapahit itu. Baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja menyuruh
berlengkap; maka baginda pun mengerahkan segala orang supaya berlengkap perahu,
masing-masing dengan kuasanya.”
(Sejarah Melayu, 2010:118)
Petikan diatas menunjukkan bagaimana
bermulanya hubungan diplomasi antara Melaka dengan kerajaan Majapahit.
Selain daripada Siam dan Majapahit,
Melaka turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Hubungan diplomatik
dengan China bermula apabila China menghantar utusan ke Melaka setelah
mendengar khabar tentang kebesaran raja Melaka. Setelah Sultan Mansur Syah
mendengar bunyi surat yang diutus oleh China, baginda mengutuskan Tun Perpatih
Putih untuk membawa utusan ke China sebagai balasan.
“ Setelah Sultan Mansur Syah
mendengar bunyi surat itu, baginda pun tersenyum. Maka disuruh baginda ambil
segala jarum yang dipilau itu, dan pilau itu disuruh baginda isi dengan sagu
rendang sehingga sarat. Maka Tun Perpatih Putih, adik Bendahara Paduka Raja, dititah
Sultan Mansur Syah membawa utusan ke benua China. Maka Tun Perpatih Putuh pun
pergilah. Bebrapa lamanya di jalan, sampailah ke benua China.”
(Sejarah Melayu, 2010:131)
Petikan
diatas menunjukkan bagaimana bermulanya hubungan diplomatik antara kerajaan
Melaka dengan China. Melaka juga melakukan hubungan diplomatik dengan India
iaitu ke Benua Keling. Utusan dihantar untuk mendapatkan kain serasah yang
dimahukan oleh sultan. Rombongan diketuai oleh Hang Nadim. Hal ini kerana, Hang
Nadim sangat pandai dalam hal tulis menulis dan melukis. Selain India, Melaka
juga menjalinkan persahabatan dengan Sulawesi.
9. Ketinggian ilmu
Biarpun
masyarakat pada zaman dahulu dikatakan kurang mengambil berat soal pendidikan,
namun terdapat segelintir masyarakatnya yang sangat mementingkan ilmu. Mereka
akan belajar apa jua ilmu selagi mereka memilki peluang untuk mempelajarinya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, pengarang menggambarkan kepentingan nilai ilmu pada
watak Hang Mahmud iaitu bapa kepada Hang tuah dan dalam watak Hang Tauh itu
sendiri.
“ Bermula Hang Tuah pun besarlah;
tahulah ia akan hal ibu bapanya itu. Maka Hang Mahmud pun diserahkan anaknya
mengaji kepada seorang lebai. Telah berapa lamanya, Hang Tuah mengaji Qu’ran,
maka pengajian itu pun tamatlah. Maka Hang Tuah mengaji nahu pula. Telah sudah
tamat pengajiannya, maka ia berkata kepada bapanya, “Ayo bapaku, pada bicara
hamba, hendak mengaji pada lebai Keling pula, supaya hamba tahu pula
bahasanya.” Maka kata Hang Mahmud, “ Benarlah seperti bicara anakku itu.” Maka
Hang Tuah pun mengajilah pula pada seorang lebai Keling. Hatta berapa lamanya,
maka tamatlah dengan bahasa Keling itu, habislah diketahuinya. Maka Hang Tuah
berkata pada bapanya hendak mengaji pada lebai Siam pula supaya akan
diketahuilah akan bahasanya.”
(Sejarah Melayu, 2010:24)
Petikan tersebut menunjukkan betapa
Hang Tuah cintakan ilmu sehingga beliau menawarkan diri untuk belajar beberapa
bahasa seperti bahasa Keling, Siam, Cina dan Jawa.
10. Persahabatan
Jika
disebut tentang persahabatan, pastinya ia merupakan perkaitan antara rakan yang
telah terjalin sekian lama. Masyarakat pada zaman dahulu sangat menjaga
hubungan persahabatan yang telah terjalin. Dalam Hikayat Hang Tuah, pengarang
turut memuatkan keakraban persahabatan yang terjalin antara Hang Tuah dan empat
lagi sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.
… “ Dengan demikian maka Hang Tuah
tahulah bahasa; umurnya pun datanglah sepuluh tahun. Maka ia pun bersahabat
sama-sama budak-budak sama besar, seorang nama Hang Jebat dan seorang namanya
Hang Kasturi dan seorang namanya Hang Lekir dan seorang namanya Hang Lekiu.
Maka Hang Tuah pun berkasih-kasihan lima bersahabat itu. Jika pergi barang ke
mana main-main pun tiadalah ia bercerai. Jika makan pun sama-sama dan main pun
sama-sama, seperti orang bersaudara sungguh lakunya.”
(Hikayat
Hang Tuah, 2008:24-25)
Petikan
tersebut menunjukkan keakraban Hang Tuah dengan empat lagi sahabatnya sejak
kecil. Merekan akan melakukan semua perkara bersama-sama. Mereka bermain
bersama-sama, malah apabila hendaka makan juga mereka akan bersama-sama.
Keakraban mereka tetap untuh sehinggalah mereka dewasa. Bukan itu sahaja,
kpersahabatan yang terjalin antara mereka sangat ketara yang dapat kita lihat
adalah apabila Hang Jebat sanggup menderhaka demi menuntut bela atas kematian
Hang Tuah. Biarpun akhirnya Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah sendiri, malah
kematiannya tetap mendapat pembelaan daripada Hang Jebat. Peristiwa ini dapat
dilihat apabila Hang Jebat hanpit mati kerana ditikam oleh Hang Tuah.
… “Jikalau ada kasih akan
diprhamba, ada satu pesan diperhamba.” Maka kata Lakasmana, “ Pesan yang mana
itu?” Maka kata Hang Jebat, “Adapun diperhamba bermukah dengan Dang Baru,
dayang-dayang Datuk Bendahara; maka sekarang ia bunting tujuh bulan. Jika ia
berabak laki-laki, ambil oleh orang kaya peliharakan jadikan hamba; mana
perintah orang kaya. Ituleh pesan diperhamba .” Maka Laksmana pun berkata, “
Biaklah insya-Allah Taala, anak saudaraku itu anaklah kepada hamba.”
(Hikayat
Hang Tuah, 2008:367)
Petikan
tersebut merupakan amanat terakhir Hang Jebat kepada Hang Tuah supaya Hang Tuah
memelihara anaknya setelah beliau tiada kelak. Setelah putera Hang Jebat lahir,
maka Hang Tuah sedaya upaya memenuhi permintaan terakhir Hang Jebat supaya
memberikan anaknya kepada orang kaya untuk dipelihara.
“ Maka Laksmana pun masuk menghadap
Tun Teja, pohonkan kurnia dengan nama Tun Teja, hantarkan budak itu kepada
Bendahara Seri Buana Inderapura. Maka Tun Teja pun berkenanlah akan bicara
Laksmana itu. Maka Hang Kadim pun suruh di hangtar ke Inderapura. Maka Tun Teja
pun berpesan pada bendahara Seri Buana. Maka dipeliharakanlah oleh Bnedahara
Seri Buana itu dengan sepertinya.”
(Hikayat
Hang Tuah, 2008:370)
Petikan diatas menunjukkan bahawa
amanat yang ditinggalkan oleh Hang Jebat telah ditunaikan oleh Hang Tuah. Hal
ini menunjukkan, persahabatan yang terjalin antara mereka tidak pernah putus
walaupun mereka sudah terpisah.